Diterbitkan pada 13 November 2024, 23:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mencatat kejayaan apabila berjaya meraih pengiktirafan tertinggi dengan memenangi Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa sempena Konvensyen Antarabangsa mengenai Kumpulan Kawalan Kualiti 2024 (ICQCC), yang diadakan di Colombo, Sri Lanka, semalam.

Menurut MAIS, pihaknya yang diwakili oleh Kumpulan HeBAT dari Sektor Baitulmal dan Bahagian Teknologi Maklumat MAIS memperkenalkan SISWA, iaitu sebuah sistem yang dibangunkan oleh MAIS merangkumi perkhidmatan pengurusan wasiat dan pengurusan hibah bagi memudahkan masyarakat Islam membuat permohonan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas.

“Inisiatif ini juga merupakan satu daripada usaha berterusan MAIS untuk mengembangkan potensi inovasi dalam perkhidmatan pengurusan wasiat dan hibah secara mudah dan pantas secara dalam talian,” kata MAIS dalam hantaran di Facebook.

MAIS berkata, Kumpulan HeBAT diketuai oleh Timbalan Setiausaha Operasi MAIS, Dr. Hajah Norzaihan Mohd Zain Bersama-sama Ustaz Haji Mohammad Salleh Abdul Saha, Ahmad Firdaus Muhammad, M. Najib M. Ismail, M. Aizat Vandan masing-masing dari Sektor Baitulmal MAIS dan Nurhasyifha Mahazan dari Bahagian Teknologi Maklumat MAIS.

Tambahnya, pertandingan ini disertai oleh sebanyak 466 pasukan dari pelbagai negara selain Malaysia seperti China, India, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Taiwan dan Singapura.

Kredit Foto: Facebook Majlis Agama Islam Selangor
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi