Diterbitkan pada 19 Oktober 2024, 13:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Hamas mengesahkan bahawa Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

“Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel hingga nafas yang terakhir,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Moktar berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah atas kepulangan tokoh pejuang Palestin tersebut ke rahmatullah.

“Sesungguhnya semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjidilaqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semoga semua amalannya dicatat sebagai amal soleh.

Beliau turut menegaskan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang amat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau menyeru seluruh umat Islam terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan untuk rakyat Palestin.

Kredit Foto: Facebook Dato' Setia Dr. Naim
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi