Diterbitkan pada 10 Oktober 2024, 09:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) mengumumkan pelantikan ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) sebanyak 10 orang bagi sesi 2024/26, berkuat kuasa pada 7 Oktober 2024.

Dalam kenyataan rasmi YAPEIM di Facebook, semua LPA baharu telah menerima watikah pelantikan masing-masing di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut YAPEIM, lapan daripada mereka merupakan lantikan semula termasuk Pengerusi LPA YAPEIM, YBhg. Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.

Ahli LPA yang lain ialah YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, YBhg. Dato’ Kamel Mohamad, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohamad, YBrs. Dr. ‘Aida Othman, YBrs. Dr Zaiyadi Haji Awang Noh, YBrs. Tuan Haji Ir. Shatiri Mansor, YBrs. Tuan Haji Abdul Khudus Mohd Naaim, YBrs. Puan Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dan YBrs. Tuan Khairul Faiz Morat @ Abd Morat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Sementara itu, YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook memetik kata-kata Sayidina Umar al-Faruq yang mengatakan,

Sesungguhnya seorang yang amanah (terpercaya) pada suatu kaum, tidak ada sesuatu pun yang senilai dengannya.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan, moga amanah ini dijalankan dengan sebaik mungkin dalam memacu YAPEIM menjadi agensi yang terkehadapan memperkasakan ekonomi Islam di Malaysia,” ujarnya.
Kredit Foto: Facebook YAPEIM (Official)
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi