Diterbitkan pada 13 Julai 2024, 13:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Akhlak pemimpin menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan sesebuah organisasi sama ada dalam agensi kerajaan, swasta mahupun pelbagai peringkat pentadbiran.

Gaya kepimpinan yang ditunjuk dan dipraktikkan dalam tadbir urus memainkan peranan yang sangat penting untuk kelangsungan setiap organisasi.

Malah, apabila disuntik dengan kepimpinan bercirikan Islam yang diamalkan dapat menghubungkan perilaku pematuhan dan kepercayaan bagi mencapai matlamat ataupun objektif organisasi.

Demikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang keempat bagi tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau, semalam.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, kepimpinan Islam yang berteraskan pada konsep tauhid sebenarnya dapat melahirkan dan membangunkan insan dan masyarakat dari segi iman, akhlak, cara berfikir dan pembangunan fizikal.

Sebelum mengakhiri mesyuarat, baginda menitahkan bahawa setiap pemimpin harus memiliki ciri yang diterapkan dalam kepimpinan Islam.

“Kepimpinan Islam mampu menyediakan insan untuk melaksanakan tugas khalifah Allah di muka bumi dan mengabdikan diri kepada pencipta serta dapat mengamalkan sistem hidup mengikut syariat yang ditetapkan.”

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempengerusikan Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Turut kelihatan Sahibus Samahah, Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi