Diterbitkan pada 29 Disember 2024, 17:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

London- “Semua Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Penjawat Awam agensi berkaitan dengan Pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Perlis perlu terus memperkukuh benteng organisasi sebagai tempat mencari rezeki sambil memastikan integriti dan mutu perkhidmatan kepada ummah terus ditingkatkan.”

Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika menyampaikan sumbangan kecil zakat pada hari ini.

Dalam kenyataan MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan bahawa setiap penjawat awam harus mendahulukan kepentingan organisasi dan negeri tercinta mengatasi kepentingan peribadi atau kumpulan kecil.

Titah baginda,

Masyarakat sentiasa memerhatikan kita. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memperkukuh benteng organisasi sebagai tempat mencari rezeki, dan dalam masa yang sama, mengutamakan kepentingan negeri ini melebihi segala-galanya.

Pada masa yang sama, baginda turut berkesempatan menyempurnakan penyampaian sumbangan kecil zakat daripada MAIPs kepada The Suffa Educational Foundation di London, United Kingdom yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Zaki Ismail.

Keberangkatan tiba baginda diiringi oleh DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta puteri dan putera baginda berdua, iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi