Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menerima sumbangan CSR Zakat daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) sebanyak RM128,750 melalui Program Iqra’ Tabung Haji IPTS 2024.
Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan melalui upacara simbolik penerimaan oleh Rektor UniSIRAJ, Prof. Dr. Muhammad Rozaimi Ramle daripada Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniSIRAJ di Galeri DiRaja Arau, baru-baru ini.
Turut hadir sama ialah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah LTH Negeri Perlis, Haji Burhan Abd Rahman.
Untuk rekod, UniSIRAJ yang bernaung di bawah MAIPs sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan baru sahaja mendapat kelulusan naik taraf daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 November 2024 yang lalu.